top of page
Search

Selamat kembali ke sekolah!

Pihak pentadbiran dan guru-guru SMK Kedawang mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan selamat tahun baharu 2020....

Home: Blog2

Subscribe Form

Thanks for submitting!

Home: Subscribe
Typewriter Keys

SEJARAH AWAL SEKOLAH

SMK Kedawang telah dibina di atas tanah lot 2516 di Mukim Kedawang pada keluasan 8.1 hektar. Sekolah ini merupakan salah sebuah daripada 6 buah sekolah menengah di daerah Langkawi. Sejarah sekolah ini bermula apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama dilaksanakan pada bulan Januari 1984. Pada awalnya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Temoyong yang ketika itu ditadbir oleh seorang pengetua, 6 orang guru dan 70 orang murid.


Apabila sekolah ini dinaiktaraf pada tahun 1998, sekolah ini telah dinaiktaraf kepada sekolah gred A. Pembinaan bangunan baharu telah dilaksanakan pada tahun 2001 selaras dengan peningkatan jumlah guru dan murid. Dua buah blok asrama harian juga telah dibina dan blok asrama ini dapat menampung 100 orang murid. Kompleks perumahan guru dengan jumlah 60 buah unit kediaman juga telah dibina dan mula diduduki pada tahun 2004. 

Home: Welcome
Empty Chairs in Lecture Room

VISI DAN MISI 

Visi sekolah adalah Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi sekolah adalah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Home: Welcome
Open Book

PENTADBIRAN & STAF SOKONGAN

Pentadbiran SMK Kedawang diketua oleh Puan Nornisa Binti Asmaran. Barisan penolong kanan terdiri daripada Pn. Faridah Binti Ibrahim (PK Pentadbiran), Cik Noorliza Binti Samsudin (PK Hal Ehwal Murid) dan En. Rohaizar Bin Othman (PK Kokurikulum).

Barisan ketua bidang terdiri daripada Pn. Sarimah Binti Saidin (Teknik & Vokasional), Pn. Zuraida Binti Abdullah (Kemanusiaan), Pn. Norizan Binti Othman (Sains & Matematik) dan Pn. Azian Binti Bahadon (Bahasa).

Barisan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah diketuai oleh Pn.  Zaina Binti Aziz (Pembantu Tadbir Kewangan), En. (Pembantu Tadbir Perkhidmatan) dan Pn. Maznah Binti Mat Isa (Penyelia Asrama).

Barisan staf sokongan sekolah terdiri daripada Pn. Maznah Binti Mat Isa (Penyelia Asrama), En. Mohd Syazwan Bin Shukri (Pembantu Makmal), En. Muhammad Farmizie Bin Abdul Malek (Pembantu Makmal), En. Mohamad Bin Abdullah (Pembantu Makmal), En. Azman Bin Hashim (Pembantu Operasi), En. Muhammad Razif Bin Zainon (Pembantu Bengkel) dan En. Mohd Khairul Nizam Bin Kamis (Pembantu Operasi).

Home: Welcome
In the Classroom

WARGA AKADEMIK

Sekolah ini mempunyai 77 orang guru akademik dan pendidikan khas. Terdapat 22 buah panitia di sekolah ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, Rekabentuk Teknologi, Reka Cipta, Seni Reka Tanda, Geografi, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan, Perniagaan, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Asas Sains Komputer, Sains Sukan, Bahasa Arab dan Bahasa Jerman.

Home: Welcome
Teacher Writing a Formula on a Blackboard

INFRASTRUKTUR & FASILITI

Sekolah ini terdiri daripada sebuah blok pentadbiran, sebuah blok makmal sains dan 5 buah blok pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua buah dewan yang digunakan untuk aktiviti sekolah iaitu Pentas Bestari dan Dewan Seri Semerbak. Sebuah surau juga disediakan untuk kemudahan murid-murid beragama islam menunaikan solat dan  kegunaan guru Pendidikan Islam melaksanakan pdpc.

Terdapat sebuah padang sekolah untuk kegunaan aktiviti sukan yang terletak bersebelahan dengan dewan. Dua buah bilik sukan dan sebuah gimnasium mini telah dibina untuk kegunaan guru dan murid bagi aktiviti sukan, permainan dan pendidikan kesihatan. Terdapat dua buah bilik mesyuarat untuk kegunaan pentadbir dan guru bermesyuarat iaitu Anjung Kencana dan Anjung Bestari. Sebuah bilik kesihatan juga disediakan untuk kegunaan pegawai-pegawai kesihatan yang hadir ke sekolah untuk pemeriksaan kesihatan dan gigi.

Sekolah ini juga mempunyai sebuah makmal ICT, sebuah bengkel MPV dan dua buah bengkel KHB dan RBT. Selain itu, terdapat sebuah makmal jahitan, perpustakaan, bilik operasi SPBT, bilik kaunseling dan bilik Abad 21. Terdapat 4 buah makmal untuk kegunaan guru-guru subjeks Sains. 

Terdapat 38 buah kelas dari pendidikan khas hingga tingkatan 5 untuk kegunaan guru bagi melaksanakan pdpc. 

Sebuah kafeteria juga dibina yang dapat menampung sekurang-kurangnya 100 orang murid pada satu sesi rehat. 

Home: Welcome
Outdoor Study Group

MAKLUMAT MURID 

Seramai 1084 orang murid telah mendaftar untuk kelas aliran perdana manakalah seramai 29 orang murid telah mendaftar untuk kelas Pendidikan Khas bagi sesi akademik tahun 2020.

Home: Welcome
Modern Laptop

HUBUNGI KAMI

SMK Kedawang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.

+049551145

  • Facebook
  • Instagram
Home: Contact
bottom of page